Mrs IMperfect
Fagha



Holla fellas! welcome to my site. Be nice here (:








Peperangan Tamat ^_^


Exam pun dah habis. Now tengah rehatkan otak yang dah penat bekerja. Wow hampir sebulan jugaklah exam dijalankan. Almaklumlah bak kata teacher Bi aku ikut format espiyem, Haha format tak format. Nasib sebulan, buatnya dua bulan kompem aku check in tanjung rambutan. First day aku exam Science Tambahan. Alhamdulillah paper two ada yang aku boleh jawab dengan tenang, and ada yang aku biarkan kertasnya terus SUCI tanpa di cemari dakwat pen.

Second day, yes yess yess ohhmy Allah.
 Seriously hari yang paling tension dari segala hari adalah hari aku menjawab paper Matematik Tambahan. Yess dahlah Matematik, Tambahan pulak tu
Sure kauorang boleh bayangkan situation aku? bagus. Mana tak nya, selesema yang teruk datang menyerang pada hari yangg aku betul betul memerlukan ketenangan. Okayokayokay that is takdir. I know. Tapi tapi tapi, aku nak jawab sangat sangat paper Matematik Tambahan tu. Tapi, setiap kali aku menunduk nak jawab, time tu jugaklah hingus meleleh sikit demi sedikit. Great bukan. Aku mintak tissue dekat orang, k tissue dalam bag. Yaaa memang aku sukaaa. Nekad dah datang. Aku keluar pergi tandas. Ya Allah bertapa sedihnya aku tak dapat jawab paper Matematik Tambahan. Hmm satu hari tahu aku study dengan my sayang. Siap gayut dekat phone lagi. See bertapa bersungguh sungguhnya aku. Haha. Okay memang aku pergi tandas buang sisa toksik yang dah terperangkap dalam hidung and tak reti reti nak keluar. Err sebenarnya aku menangis :'( sebab terlampau upset dengan kesihatan aku. Hmm almost 1 year aku study Matematik Tambahan, takkan tu je yang aku boleh jawab. Ni satu pengajaran jugak bagi aku sebab tak reti reti nak jaga kesihatan. Dahlah awak tu nak exam. Boleh bantai tidur lambat. Mendapat lah jawabnya Cik Farrah oi. Forget it about Matematik Tambahan.

Hari ketiga, aku lupa lah aku jawab exam apa. Whait hmm memang aku lupa. Tapi aku cakap jelah eh. Okay nak cakap pasal exam Bi.
Aku tanya cikgu apa yang masuk exam, then cikgu boleh cakap kamu baca lah SEMUA Short Story, Poem and bla bla bla
Okay malas dah datang and fikir Bi nak baca apa je, Short Story, Poem bagai. Takda mood lahh. Nekad tak baca apa apa. Lol. Besoknya dah exam, sempat lagi aku menghafal essay pasal character. Nasib aku ingat. Ikut kan hati takda mood nak buat Essay. Bi k Bi. Okay time menjawab alhamdulillah idea datang mencurah curah :) tapi ntah betul ntah tidak grammar nya. Haha bantai je laa kan. Asal penuh sudah.

Kali ni exam Bm. Hee nasib cikgu bagi tahu apa yang masuk. Thankyou cikgu Muhammad. Okay paper Bm paling banyak woi nak menulis.
Karangan 120 patah perkataan satu hal, lagi satu 360 patah perkataan. Novel lagi, then Cerpen lah, Peribahasa lah, Puisi lahh, Sajak lah. Kesalahan Istilah lahhh, Kesalahan Tatabahasa lahhh
Aku jamin kalau kauorang ada kat tempat aku gerenti GILA. Haha ye wahai sahabat sahabat ku, aku hampir mereng jawab paper Bm. Baru Bm bro belum yang lain lagi.

Now exam Science ^^ salah satu subject favorite aku. Kenapa? sebabnya Science sudah dinaik taraf ke bahasa Melayu. Bila aku fikir fikir kan balik, kalau lahh dari aku derjah satu lagi Science dalam Bm, kompem kompem aku boleh dapat A. Senang sebenarnya Science ni. Cuma kita ni lahh kalau dah Jawa tu memang Jawa lah kan. Haha aku sebenarnya Jawa. Kabarey Wak? Kihkih hanya mampu menyatakan aku boleh jawab dengan tenang :) hihihi

Matematik. Matematik sahaja. Yang Tambahan tu tadi yeee. Ehemmmm kalau dah Matematik Tambahan aku tak boleh jawab, kali ni Matematik Sahaja aku boleh jawab ke? Okay, pada awalnya agak laju aku buat. Ceh ceh. Takda lahh laju mana. Cuma boleh lahhh jawab dari termenung tengok kipas. Pertengahan, speed berkurang sikit. Akhir,
Warning! Need a rest! Need a rest! haha maybe dah limit kod
Wow boleh tahan susah jugak Matematik sahaja ni. Yaa nama pun Matematik kan. Tak boleh nak kata apa dah. Benda dah lepas jangan dikenang :)

Teknologi Maklumat. Apa tu? okay Teknologi Maklumat tu berkaitan dengan dunia IT. Bermaksud berkenaan dengan Virus, Komputer, Pc segala benda yang berkaitan IT lerr. Seronok kauorang kata? Memang berkenaan Komputer. Tapiiiiiiiiiiii, kauorang tak tengok lagi siapa yang mengajarnya. Seriously ermm bosan sebenarnya cikgu tu ajar. Aku tak berapa faham lah dia ajar apa. Yelahhh dia macammm tak ada kelayakkan jadi guru je. Ermm sorry lahh cikgu. Saya memang tak boleh masuk kalau cikgu ajar. Tak macam cikgu Hamidah, gila untung budak kelas dia. Dia ajar dengan semangat and sungguh sungguh. Kira macam kau diam, masuk otak. Dia tegas tapi sporting habis. Cikgunya agak dah berumur gitu. Dia kata umur 50 kod dia masuk U then bersaing dengan budak budak yang umur 20 an. Dia cakap, apa de hal kan. Tunjuk je yang kita boleh buat lagi bagus daripada dia. Terbukti bila dia dapat A+ dalam Prinsip Akaun and A- tak silap dalam Matematik Tambahan.
Okay di sini aku nak cakap, ICT kalau kauorang nak amik, make sure Bi paling low pun C, Math pun sama.

Pendidikan Islam. okayy memang boleh jawab kan, kalau tak bukan Islam lettew :p soalan dia senang kalau kita study. Normal lah kann. Kalau tak susah, bukan nama belajar nya pun. Soalan dia berbentuk  Tilawah, Ayat Hafazan, Adab, Sirah, Haji, Syirik, Sihir, Hidayah, Perpaduan and banyak lagi lahh. Now otak aku tengan buffering -.- kalau kauorang fikir fikirkan balik lahh kauorang boleh jawab tanpa perlu mengahafal pun. Bukan lah tak payah baca langsung. Maksud aku tak payah hafal benda yang simple contoh macam hidayah, perpaduan adab tu semua. Bukan ke hari hari kita buat benda tu semua. Haihh kita boleh ibarat kan yang kita tengah alami situation yang dia dah bagi dekat soalan tu.

Bukan nak angkuh atau takbur. Aku cuma nak bagi kauorang senang. Maksud aku kita Study Smart, bukan Study Hard okay.

Last Peyper Last Peyper! apa yang last paper? Sejarah!
Okay aku memang minat nak mendalami subject Sejarah. Minat sangat. Aku study bagai nak gila dekat dalam bilik. Hafal Tempat, Nama Tokoh, Kawasan Takhluk, Empayar, Nama Empayar, Sumbangan, Pekerjaan diaorang, wow kenapa sikit sangat? Tu suku je dari apa yang aku hafal. Banyak lagi, tapi aku tak hengat. Kertas satu nasib bulat bulat. Aku paling suka bulat bulat. Sampai kertas dua, baca soalan sengeh sorang sorang. Sebab, soalan tu sama apa yang cikgu bagi tahu. Hihihihi siapa tak suka kan? Yang tak suka tu Bengong. Haha gurau je okay. Kertas 3. Benci Kau Benci Kau Benci Kau! Aku tak cukup masa nak jawab paper 3, memang boleh tengok buku teks. Yess? boleh tengok buku time exam? :O yeee awakkkk bolehhh. Sejarah paper tiga sahaja. Apa? senang? Ohh tidakkk sama sekali. Even boleh tengok buku sekali pun,  panjang sangat nak tulis. Sampaikan cikgu cakap, Fotostat je lah senang. Err ikutkan hati aku dah malas aa nak jawab. Nama pun Last Peyper kan. Tapi kerajaan cakap time aku SPM nanti Sejarah wajib lulus. Okay aku usaha lebih sikit. Soalan KBKK paling aku lemah. KBKK tu pendapat sendiri. Senang? Untunglah senang. Bagi aku takk. Aku jenis tak berapa pandai nak bagi pendapat. Seriously. Okay tamat sahaja paper 3. Hoh! Happy tak terkata lahhh! macam dapat Galaxy S III je. Kihkih. Panjangnya lahh entry kali ni. Haha kauorang dah follow aku, so baca jelah ye. Kalau tak kenapa follow. Okaylah aku nak tidur dulu. Selamat Malam. Assalamualaikum