![]() ![]() ![]() ![]()
| ![]() ![]() Suasana sepi menyelubungi banglo putih itu. Tidak lagi kedengaran gelak tawa dan gurau senda. Segala-galanya tidak seindah dahulu. Yang ada hanya tangisan. Semuanya berpunca daripada kemalangan ngeri yang membabitkan isteri dan anaknya. Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi namun Zaqwan masih belum boleh melelapkan matanya. Entah kenapa hatinya dihambat pilu yang teramat bila teringatkan tragedi yang meragut nyawa isteri dan anaknya. Mayat isteri dan anaknya ditemui dalam keadaan yang tragis. Waktu itu dia sedang bekerja. Luluh hatinya bila sampai di tempat kemalangan. Suami mana yang tak meraung bila melihat serpihan otak isteri melekat di atas jalan raya. Anaknya pula putus kedua-dua tangan. Kehilangan Nadia dan satu satunya anak tunggal mereka Dania telah mengambil separuh daripada jiwanya. Dia tidak mahu sesiapa menggantikan tempat Nadia dihatinya. Dia telah bersumpah tidak akan ada lagi wanita lain dalam hatinya melainkan Nadia. "Ya Allah kenapa kau ambil isteri dan anakku terlalu awal ya Allah. Aku masih belum bersedia untuk kehilangan mereka ya Allah. Ya Allah besar sungguh ujian yang kau berikan. Apa dosaku ya Allah" perasaan Zaqwan begitu hiba dan sayu. Dia sering teringatkan arwah isteri dan anaknya. Kemalangan tersebut berpunca daripada kecuaian Nadia. Dia tidak memberi lampu isyarat semasa hendak memotong di jalan raya lalu kereta yang dipandunya diseret lori yang membawa muatan simen sejauh 10 kilometer yang sedang dipandu laju. Nadia dan Dania meninggal di tempat kejadian. "Abang, harini saya dengan Dania nak pergi shopping abang tak perlu teman lah ye nanti tak pasal-pasal abang kena bawa pula barang-barang kami. Kesian abang handsome Nadia ni. Hehe" omel Nadia "Alahh takkan abang nak teman anje dengan Dania shopping pun tak boleh?" Nada Zaqwan seakan akan merajuk. Dia memanggil Nadia dengan panggilan anje dek kerana sikap Nadia yang begitu manja dengannya. "Eee abang ni merajuk lah tu, nak kena kiss baru okey kot" Nadia cuba memujuk Zaqwan tersengih-sengih seperti kerang busuk bila isteri kesayanganya itu menyebut perkataan kiss. "Suka lah tu!" Satu ciuman hinggap dipipi kanan Zaqwan. Makin tersengih-sengih lah Zaqwan dibuatnya. "Wan.." sapa ibunya Puan Mariam membuatkan Zaqwan kembali ke alam yang nyata. "Hmm ibu, ibu datang dengan siapa?" Zaqwan sekadar berbasa-basi. Walhal dia sudah tahu yang ibunya selalu datang ke rumah bersama adiknya Arlisa. Zaqwan malas untuk bersemuka dengan ibunya kerana ibunya sering mendesak dia untuk berkahwin lain. Itu tidak mungkin akan dia lakukan. Nadia merupakan insan yang terakhir dalam hidupnya. Tiada siapa boleh menggantikan tempat Nadia. Sia-sia sahaja usaha ibunya memujuk. "Wan.. Sampai bila wan nak jadi macam ni?" Puan Mariam dalam nada yang lembut tetapi tegas. "Jadi apa bu? Wan lebih selesa hidup macam ni" "Sampai bila Wan nak hidup dengan bayang-bayang Nadia? Ibu bukan tak sedih Wan, ibu pun sedih hilang cucu dan menantu tapi Wan tak boleh terus menerus hidup macam ni. Wan masih muda, masih ramai lagi anak dara yang ingin bersuamikan Wan.." "Cukup ibu! Ibu tolong tinggalkan Wan sendiri.. Wan perlukan masa untuk semua ni." Tegas Zaqwan "Hmm ibu sayangkan Wan.. Ibu tak nak masa depan Wan hanya dihabiskan dengan bayang-bayang Nadia" Puan Mariam keluar dari bilik Zaqwan lalu menarik Arlisa yang sedang memasak didapur. "Ehh ibu! Nak pergi mana ni? Kejaplah kan Lisa tengah masak untuk abang ni bu" Terkejut benar Arlisa apabila ibunya menarik tangannya dengan secara tiba-tiba. "Ibu nak balik.." Puan Mariam kelihatan sangat sedih. "Ehh ibu kenapa menangis ni?? Abang buat apa kt ibu??" Soal Arlisa dengan cemas. "Abang kamu masih berdegil. Dia tetap nak hidup dengan bayang-bayang Kak Nadia kamu. Ibu bukan suruh dia lupakan Kak Nadia kamu cuma ibu mahu dia teruskan hidup dia." Jelas Puan Mariam sambil menangis. "Ibu.. Ibu kan dah tahu yang abang tak suka bila dipaksa. Lagi lagi menyebabkan hati dan perasaan. Ibu.. dalam keadaan sekarang abang perlu kan masa bu.. Siapa tak sedih bila isteri dan anak meninggal sekaligus." Tegas Lisa. "Ibu rehatlah dulu kt bilik. Nanti Lisa dah siap masak Lisa panggil ibu.. Ibu tak payah tolong Lisa masak harini." "Tapi Lisa.." Belum sempat Puan Mariam menghabiskan kata katanya. "Ibu please faham abang bu.. Lisa cuma tak nak abang tertekan. Lisa takut abang akan buat benda yang bukan bukan. Ibu pun tak nak kan apa apa jadi kat abang?" "Lisa.. Hati ibu mana tak sedih tengok anak dia macam ni.. Hmm ibu nak solat Zohor dulu." Puan Mariam meninggalkan Arlisa sendiri di dapur. "Ya Allah berat sungguh ujian yang kau berikan terhadap abangku. Kuatkah dia menghadapinya ya Allah? Aku tak sanggup melihat dia terseksa macam ni ya Allah." Tidak sanggup Arlisa melihat abangnya menderita sebegini. Apa lah dosa abangnya sehingga Allah menghukumnya sedemikian rupa. Pintu bilik Zaqwan dikuak. Arlisa melangkah dengan penuh berhati-hati. Takut pula abangnya terjaga daripada tidur. Serba salah Arlisa dibuatnya. Ingin saja dikejut namun bila memikirkan yang abangnya sukar tidur malam semenjak kematian Kak Nadia dan anak buahnya Dania membuatkan Arlisa hanya merenung sayu ke arah satu satunya abang yang dia sayang. Bagaimana sekiranya dia di tempat abangnya? Mampukah dia? Kuatkah dia menghadapinya? Sabarkah dia? Air jernih mula bertakung di kelopak mata. "Nyenyak sungguh abang tidur, wajahnya kelihatan tenang sahaja. Langsung tidak mencerminkan kehidupan sebenar abang" Bisik Arlisa sendiri. Bersambung |