![]() ![]() ![]() ![]()
| ![]() ![]() "Anjee!!!" teriakkan Zaqwan benar benar mengejutkan Puan Mariam dan Arlisa yang baru sahaja usai menunaikan solat maghrib lantas mereka bergegas ke bilik Zaqwan. Tak sampai 5 minit Puan Mariam dan Arlisa sudah terpacak di birai katil. "Eh Wann?! Kenapa ni??" "Abang okey tak??" Sambung Arlisa. Mereka benar benar terkejut dengan sikap Zaqwan sejak akhir-akhir ni. Dia seringkali termimpikan arwah isteri dan anaknya. Pernah sekali Zaqwan cuba untuk membunuh dirinya sendiri dengan cara meminum pewangi baju tetapi mujur Arlisa terserempak dengan abangnya itu. Jika tidak sudah pasti Arlisa akan kehilangan satu-satunya abang yang dia sayang. Ibunya juga terkejut dengan apa yang diceritakan Arlisa tentang cubaan membunuh diri Zaqwan. Hari demi hari keadaan Zaqwan semakin teruk. Setiap hari dia meracau dan menyebut-nyebut nama isteri dan anaknya. Puan Mariam dan Arlisa bingung tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Sedih betul bila melihat keadaan anak tunggalnya itu. "Ahh!! Apa guna aku hidup lagi kalau isteri dan anak aku telah pegi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku sunyi tanpa Nadia dan Dania. Aku tak boleh hidup tanpa mereka. Aku ingin ikut mereka. Ahh!!!" Bertubi-tubi tumbukkan dilepaskan ke dinding. Luka teruk ditangannya langsung tidak dihiraukan. Perasaan geram dan rasa tidak adil mula menguasai dirinya. Dia seolah-olah tidak boleh menerima qada' dan qadar Allah. Baginya Allah tidak adil kepadanya. "Saiful saya dah tak tahu nak buat apa. Setiap hari abang meracau, setiap hari juga dia termimpikan arwah isteri dan anaknya. Puas dah saya dan ibu nasihatkan dia tapi dia langsung tak hiraukan apa yang kami cakap. Sedih sangat tengok keadaan dia sekarang. Saya nak abang saya yang dulu yang ceria bukan yang pemarah macam sekarang. Kadang-kadang saya mudah terasa hati bila dia memarahi saya. Tapi saya faham dia yang sekarang ni bukannya dia yang sebenarnya" jelas Arlisa panjang lebar kepada tunangnya Saiful yang juga seorang Ustaz dan lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir. Mereka berkenalan kerana ayah Saiful En Azman merupakan pesakit arwah ayahnya Dr Azmi. En Azman mengidap sakit jantung. Semasa menjalani sesi rawatan di hospital Saiful yang baru sahaja pulang dari Mesir terus menemani ayahnya di hospital dan pada masa yang sama Arlisa sering ke hospital menghantar makanan kepada ayahnya. Kerjaya sebagai seorang doktor membuatkan Dr Azmi seringkali jarang pulang ke rumah untuk makan tengah hari. "Lisa, besok bawak saya jumpa abang awak okey?" "Hmm okey, besok saya bawak awak pergi rumah abang saya" dalam hati Arlisa berharap sangat yang Saiful mampu memulihkan kembali abangnya. "Assalamualaikum bang" sapaan Saiful benar-benar buat Zaqwan terkejut. "Kau siapa?" sapaan Saiful dibalas dengan kasar. Zaqwan seolah-olah hilang ingatan seketika. Mana tidak Saiful merupakan tunang adiknya Arlisa masakan dia tidak kenal. Dulu sebelum pemergian Nadia dan Dania Zaqwan seorang yang ceria, peramah, sporting bahkan Zaqwan merupakan abang yang cukup sempurna. Dia juga sangat akrab dengan Arlisa dan Saiful. "Abang dah lupa kat saya?" dengan nada yang lembut. "Hmm apa kau nak?" soal Zaqwan malas ''Abang sihat?" "Kau nampak aku macam tak sihat ke?" "Hmm lama betul kita tak bersembang kan bang? Saya ingat harini nak bersembang lah dengan abang. Boleh?" "Kau ingat aku tak ada kerja lain nak melayan kau bersembang? Banyak lagi kerja aku nak kena buat." "Ohh, harini abang tak ke pejabat pulak? Tadi abang kata ada banyak kerja?" Soalan Saiful benar-benar menaikkan kemarahannya. "Heh kau dengar sini, kalau setakat kau datang nak menyibuk pasal hal aku baik kau berambus" "Maafkan saya bang, saya tak berniat nak buat abang marah saya cuma bertanya tapi kalau saya ada menyinggung perasaan abang saya minta maaf lah ye?" "Ahhh!! berambus kau dari rumah aku sebelum aku telefon polis yang kau cuba nak menceroboh rumah aku." "Baiklah bang saya minta diri dulu, sekali lagi saya minta maaf" Saiful melangkah keluar dari bilik Zaqwan. Pintu bilik dihempas dengan kuat oleh Zaqwan. Puan Mariam dan Arlisa terkejut dengan tindakkan yang dilakukan Zaqwan. "Abang marah awak ke Saiful?" "Dia tengah tertekan tu, baik kita biar dia tenang dulu." "Kalau awak nak tau abang pernah cuba nak membunuh diri dia sendiri. Dengan cara minum pewangi baju. Nasib baik saya terserempak dengan dia masa tu." "Astaghfirullahalazim yeke Lisa??" Saiful membuntangkan kedua-dua biji matanya menandakan dia benar-benar terkejut dengan apa yang dikatakan Arlisa. Malam minggu yang sepatutnya dihabiskan dengan berbelanja bersama isteri dan anak tersayang bertukar menjadi malam yang paling suram dalam hidupnya. Setiap saat kenangan demi kenangan seolah-olah bermain-main dikotak fikirannya. Sudah puas dia meratap dan menangis. Kini dia sedar sudah pasti Nadia dan Dania tidak suka melihat dia berkeadaan sebegini. Dia memerlukan perubahan dalam dirinya. Dia harus meneruskan hidup seperti insan yang lain. Bersambung |