Mrs IMperfect
Fagha



Holla fellas! welcome to my site. Be nice here (:








Coret coretan

Dinding ini tempat ku berbicara,
Tempat ku luahkan segala rasa,
Tidak bermakna cerita segala rahasia,
Hanya sekadar berkongsi cerita,
Teman, keluarga dan cinta,

Ada yang memandang sinis,
Aku tidak pandai berkata kata manis,
Aku juga tidak pandai berpuitis,
Aku hanya menulis, 

Di sudut hati kecil terselit rasa sedih,
Sedih yang teramat pedih,
Ku gagahkan jua karna aku tidak pandai merintih, 

Tidak ramai yang memahami,
Karna mereka tidak di sini,
Mungkin salah aku semua yang terjadi,
Aku hanya manusia biasa yang sering lupa diri,
Oh tuhan maafkanlah diri ini,

Wahai ibu, wahai ayah, wahai kasih, wahai teman,
Aku tidak berniat untuk menyakiti kalian,

Aku adalah aku,
Yang sifatnya terkadang kaku,
Mindaku kosong dek kerana hati yang beku,
Aku hanya diam tertunduk dan membisu,
Berhentilah daripada terus menyakitiku,

Sesungguhnya aku insan yang selalu alpha,
Selalu lalai dengan dunia,
Aku masih tidak lupa kepada pencipta,
Iaitu Allah Subhanahuwataala, 

Coretan ku ini adalah hasilku sendiri,
Tidak ku curi ataupun ku "COPY",
Aku menulis hanya mengikut kata hati,
Sekian Assalamualaikum ada masa kita berjumpa lagi,

Yang benar, Fagha